Thursday, July 16, 2020

SEDIKIT PERKONGSIAN.......


PUCUK PAKU DALAM PERAHU
PERAHU BERASAL DARI SEBERANG
CARILAH AKU DALAM AKU
BIAR YANG GELAP MENJADI TERANG

ALHIJR 29, SHAD 72, AL WAQIAH 85, ASH SHURA 51,AN NUR 35


Sudi-sudilah membeli TShirt untuk sumbangan kepada Tabung Palestin

TSHIRT




Friday, July 10, 2020

Assalam
Syukur ke hadrat Allah SWT masih dikurniakan kesihatan untuk terus tawadduk dalam memperjuangkan, mengumpulkan PENGGUNA & PENIAGA muslim di applikasi kami :
http://kuasabelimuslim.com
Saya masih cekal menyambung usaha ini untuk mensasarkan 3 juta PENGGUNA & PENIAGA dibawah payung kami. Dalamasa saya mengusahakan tanggungjawab saya ini, banyak sekali cabaran-cabaran yang dirempuh, antaranya kawan-kawan sekerja dulu, kawan-kawan sepergolfan, kawan-kawan sekolah /universiti yang menjawat jawatan BESAR, tidak mahu membalas wasap, call , Messenger dll. Mungkin dia orang pandang apa saya buat ni REMEH, tiada nilai, cuba mengganggu mereka etc, Saya ingin berpesan pada kamu semua, janganlah ANGKOH dan SOMBONG, apa yang ada didunia ini tidak akan KEKAL. RM12 untuk menjadi ahli sebagai yuran tahunan, bagi memPERKASAKAN ekonomi ummah-sayang, bakhil, loket. Saya pasti RM12 yang disalurkan kearah kebaikan, tidak akan mencacatcelakan timbunan harta kamu. Yang paling saya sedih, kawan rapat, membesar sekali, sekarang mendapat title Datuk setengahnya, berpangkat PENGARAH, CEO, VP,SGM etc langsung tidak mahu response malah mungkin terus delete msg2 yang saya kotori dismartphone mereka. Saya tetap TEGAK, ALLAH hanyalah PENOLONG saya.
Terima kasih pada yang betul2 memahami dan menyokong apa yang saya lakukan ini.
Sekian.

Jika anda diluar sana ingin melihat kita sebagai umat Islam bangkit dalam bidang ekonomi, ayuh sahutlah peluang ini. Klik link yang disediakan, bertindak sekarang-SASARAN kami - 3 Juta Ahli.Blog saya, serbalengkap menerangkan apa, kenapa, siapa, bagaimana dan dimana... ini dibuat...
Jika masih kurang jelas, pm saya, saya akan terangkan satu per satu, In sha Allah.

JANGANLAH KAMU BONGKAK DENGAN PANGKATMU SEKARANG, ada yang pernah tidur sebantal, walaupun msg wasap dan call dibuat berkali2..., tapi masih tidak sudi  menjawab.... entah kenapa, yang pasti ALLAH melihat HATI, bukan PANGKAT kamu!!!!

Memang betul, dan tepat zaman ini. ...... diambang AKHIRUZAMAN.

Saya seru para peniaga muslim , ayuh bersatu di applikasi ini, sudah terbukti, satu per satu saya daftarkan peniaga2 muslim Terengganu, tanah kelahiranku....

Wallahu’lam.
Ikhlas dari pesara...........PEJUANG FISABILILLAH

Link untuk bersama kita..
_Beli kit KBM online  BELI T-SHIRT GERAK GEMPUR ONLINE



Thursday, June 25, 2020

https://www.malaysiakini.com/columns/491781

Sebab kita perlu sokong Kempen Beli Produk Muslim

Diterbitkan 
Dikemaskini 13 Sep 2019, 11:20 am
0
Seruan menggalakkan masyarakat membeli produk Muslim sudah wujud sejak sekian lama. Namun, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif untuk melancarkan secara rasmi pada 2 April yang lepas.
Kita hairan, mengapakah kempen ini menjadi polemik lima bulan selepas itu? Yang lebih menghairankan lagi ialah polemik ini diperbesar dan dimainkan secara bertubi-tubi dari ahli-ahli politik Pakatan Harapan. Seolah-olah kempen ini telah 'mengganggu' kepentingan mereka.
Malah, dengan segala kuasa dan pengaruh yang ada, mereka seolah-olah cuba mensabotaj kempen ini dengan pelbagai label dan naratif. Paling sedih sekali ialah apabila menteri agama tidak bersependapat dengan mufti-mufti yang menyokong kempen ini secara tidak berbelah bahagi.
Dalam penulisan kali ini, saya ingin menerangkan tentang kebaikan kempen ini yang mana kempen ini sebenarnya menguntungkan banyak pihak. 
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam
Melalui kempen ini, semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam dapat dicapai dengan prinsip tolong menolong sesama saudara Muslim. Ini terbukti apabila satu kumpulan komuniti Facebook yang membincangkan mengenai barangan Muslim ini mendapat sambutan yang luar biasa. Kini, kumpulan komuniti Facebook tersebut sudah mencecah 1.6 juta keahlian.
Ahli-ahlinya bersemangat berbincang dan berkongsi maklumat tentang barangan Muslim. Ada yang berjumpa di lapangan untuk membuat kenalan dan networking. Ada yang membuat poster-poster promosi produk milik orang lain yang mereka tidak kenal pun tetapi secara sukarela dan sebagainya. 
Inilah semangat perpaduan ummah yang saya maksudkan dalam penulisan saya sebelum ini.
Membantu meningkatkan kutipan zakat
Antara slogan yang kita bawa ialah 'menyokong peniaga pembayar zakat'. Kita perlu ingat bahawa zakat bertujuan untuk memerangi kemiskinan. Pembayar zakat adalah Muslim dan yang menerimanya adalah Muslim juga.
Logiknya mudah, zakat pendapatan yang perlu dibayar adalah berdasarkan pendapatan yang diperolehi. Jika pendapatan usahawan-usahawan Muslim meningkat maka mereka perlu membayar zakat pendapatan yang lebih tinggi.
Kita sering merungut dan menghentam pihak berkuasa zakat di mana ramai orang miskin yang tidak mendapat bantuan dan sebagainya. Saya yakin, jika kutipan zakat meningkat maka jumlah penerima zakat akan meningkat. Malah, jumlah penerima tajaan pendidikan oleh institusi zakat juga akan meningkat.
Tidakkah kita mahu membantu saudara-saudara kita yang miskin? Lebih-lebih lagi melalui satu mekanisme yang disyariatkan oleh Islam, iaitu zakat.
Usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum
Majoriti besar umat Islam di Malaysia adalah dari kalangan Bumiputera. Maka, kempen ini secara tidak langsung membantu orang-orang Bumiputera di mana golongan ini jauh ketinggalan di belakang orang Cina dan India dari aspek ekonominya.
Kita hanya rakyat biasa, tiada kuasa untuk membuat polisi dan bantuan-bantuan secara terus. Kempen inilah caranya untuk kita sebagai rakyat untuk membantu negara dalam merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
Menghapuskan monopoli syarikat besar
Kita mahukan keadilan dan monopoli dalam perniagaan adalah satu perkara yang bercanggah dengan prinsip keadilan. Fenomena ini memberikan ketidakadilan kepada dua pihak, iaitu pengguna dan syarikat-syarikat kecil. 
Pengguna akan terkesan dengan harga yang tinggi manakala syarikat-syarikat kecil akan 'dimatikan' kerana persaingan di mana syarikat besar mempunyai segala kelebihan dan kemampuan.
Cara yang paling mudah untuk memecahkan monopoli oleh syarikat-syarikat besar ialah mewujudkan satu suasana yang benar-benar kompetitif antara syarikat besar dan kecil.
Rata-rata syarikat kecil adalah milik Muslim. Maka, memperkasakan mereka mampu memecahkan monopoli yang berlaku oleh syarikat-syarikat besar yang akhirnya memberikan manfaat kepada para pengguna. 
Mampu meningkatkan kualiti barangan keluaran Muslim
Peningkatan pendapatan syarikat-syarikat Muslim akan memberikan peluang kepada mereka untuk melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk mereka. Maka, sudah pasti kempen ini mampu membantu meningkatkan kualiti barangan keluaran Muslim.
Segelintir umat Islam yang begitu 'anti' dengan kempen ini dengan alasan kononnya "produk Muslim tidak berkualiti" sepatutnya menyokong kempen ini jika benar-benar peduli dengan kualiti produk.
Membantu industri kecil sederhana
Syarikat dan pengusaha kecil mempunyai hak untuk mendapat peluang peniagaan yang selayaknya terutamanya dari segi pemasaran dan kapital. Kebanyakan pengusaha kecil hanya memasarkan produk mereka di kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan terpencil. 
Dengan wujudnya kempen ini di akar umbi, secara tidak langsungnya kita membantu meningkatkan promosi dan penjualan mereka melalui promosi di media-media sosial dan platform-platform lain yang bakal diwujudkan.
Memperkasa Malaysia sebagai hub halal
Produk-produk keluaran Muslim yang halal pasti memberikan impresi yang lain kerana seorang yang beriman pasti mempunyai sensitiviti dan kefahaman yang lebih mengenai prinsip-prinsip dalam Islam terutamanya dalam soal halal dan haram.
Maka, industri halal pastinya perlu dikuasai oleh Muslim. Malah, apabila menteri mengumumkan bahawa majoriti produk halal utama adalah milik syarikat bukan Muslim. Oleh itu, sebagai Muslim kita perlu berusaha agar produk-produk keluaran Muslim diperkasakan menjadi produk-produk halal yang terkemuka.
Menggalakkan rakyat berniaga
Kebimbangan rakyat biasa dalam memulakan perniagaan adalah mereka bimbang tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar. 
Kementerian Pembangunan Usahawan baru-baru ini menuduh bahawa bantuan kerajaan adalah punca golongan Bumiputera kurang berniaga. Malah, kementerian tersebut juga mahu menghentikan konvensyen buat usahawan Bumiputera. Ini pastinya menambahkan lagi kebimbangan golongan tersebut. Akhirnya, perniagaan milik Muslim masih lagi sedikit.
Kempen Beli Produk Muslim ini sedikit sebanyak memberi semangat dan sokongan kepada golongan ini untuk berniaga kerana kerajaan dilihat tidak lagi mahu membantu mereka. 
Sebenarnya sudah terbukti Kempen Beli Produk Muslim ini memberi manfaat kepada banyak pihak selain usahawan-usahawan Muslim. Banyak lagi kebaikan dan bukti keberkesanan kempen ini yang masih belum kita nampak. 
Kerajaan tidak seharusnya mudah melatah dan menentang kempen ini tanpa usul periksa. Kami masih menunggu kesediaan menteri-menteri untuk berjumpa dengan pihak sekretariat untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan.

SASARAN 3 JUTA KEAHLIAN - 1/3 PENDUDUK MUSLIM MALAYSIA

Assalamualaikum bloggers





Terima kasih pada yang memberi sokongan menjadi ahli NGO kami- PPMN.

Pada yang belum sila klik link dibawah dan teruskan dengan pembelian cara online.

https://dpein.onpay.my/order/form/kitkbm/ejen_rossedi

Keahlian ini cuma RM10 (yuran tahunan, percuma pendaftaran- bermula Ogos 2020- akan ada RM10 pendaftaran-PROMOSI) plus RM2 postage, ada pilihan jika ingin buat pengambilan sendiri di pejabat kami pun boleh, tanpa postage, boleh luangkan masa terus menghadiri seminar overview secara percuma.

Tujuan kami mengajak umat Islam untuk meramaikan keahlian (sasaran 3 juta- 1/3 dari penduduk muslim seluruh Malaysia) dan memberi sokongan pada peniaga2 muslim (barangan dan perkhidmatan) yang berdaftar dengan kami ie melalui applikasi kami, PERKASAKAN EKONOMI ISLAM- fardu kifayah

Wasap linkhttp://kuasabelimuslim.comwww.wasap.my/60199153969/kits+kbmhttps://dpein.onpay.my/order/form/kitkbm/ejen_rossedi

Monday, June 22, 2020

🏴FISABILILLAH🏴

Ψ¨Ψ―Ψ£ Ψ§Ω„Ψ₯Ψ³Ω„Ψ§Ω… غريباً وسيعود غريباً ΩƒΩ…Ψ§ Ψ¨Ψ―Ψ£ ΩΨ·ΩˆΨ¨Ω‰ Ω„Ω„ΨΊΨ±Ψ¨Ψ§Ψ‘

“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing”

www.wasap.my/60199153969/kits+kbm

πŸ‘³πŸ»‍♀️πŸ§•πŸ»πŸ‘³πŸ»‍♀️πŸ§•πŸ»πŸ‘³πŸ»‍♀️πŸ§•πŸ»πŸ‘³πŸ»‍♀️πŸ§•πŸ»πŸ‘³πŸ»‍♀️πŸ§•πŸ»πŸ‘³πŸ»‍♀️πŸ§•πŸ»πŸ‘³πŸ»‍♀️
*Peluang Kerjaya 100 Kekosongan Untuk Temuduga Khusus Kepada Lepasan Tahfiz.*

Adakah anda lepasan pengajian pusat tahfiz atau ibu bapa (lepasan tahfiz) yg menghadapi masalah pengangguran di kalangan bekas pelajar tahfiz? BELIA/BELIWANIS JUGA DIGALAKKAN MEMOHON.

Kenapa mereka tidak diterima berkerja sedangkan mereka juga insan berilmu (AlQuran) dan mampu memikul tggjwb dalam kerjaya di pasaran?

*Peluang Membina Kerjaya Dan Masa Depan Khusus Kepada Golongan Lepasan Tahfiz (Lelaki & Wanita)!!*

*πŸ“£ 50 Kekosongan Lelaki❗*
*πŸ“£ 50 Kekosongan Wanita❗*
*πŸ“£ Kerjaya Profesional Yang Terjamin❗*
*πŸ“£ Peluang Mempunyai Agensi Perniagaan Sendiri❗*
*πŸ“£ Peluang Memiliki Kenderaan, Tanah Dan Kediaman Untuk Masa Hadapan TANPA HUTANG & RIBA❗*
(**Terma & Syarat)

*Sebagai umat Islam yang beriman, ayuh! kita sama2 sebarkan peluang keemasan ini kepada group whatsapp anda agar dapat membina masa depan mereka mudah2an menjadi jariah pahala yang diberkati..*

πŸ”ΉπŸ”ΈπŸ”ΉπŸ”ΈπŸ”ΉπŸ”ΈπŸ”ΉπŸ”ΈπŸ”ΉπŸ”ΈπŸ”ΉπŸ”ΈπŸ”Ή

Tetapkan temujanji anda segera, daftarkan butiran di bawah ;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeUq0FBeHLB-P_FQb7bKIZbkH-rt3zh2i4jZNCJL1hlv_L4ZQ/viewform
*Pihak kami akan hubungi anda.*
..................................................................

*πŸ”ΈK E U S A H A W A N A NπŸ”Έ*
              *πŸ”ΉADALAHπŸ”Ή*
           *πŸ”ΈK E R J A Y AπŸ”Έ*

*Sebuah Program Keusahawanan Islamik, Sinergi Gabungan 3 NGO Islam Yang Menyuburkan Ekonomi Ummah ! πŸ˜—

*✅Persatuan Pengguna Muslim Nusantara (PPMN)*
*✅ Kelab Usahawan Muslim Nusantara (KUMUN)*
*✅ Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN)*

*πŸ“±En. Faizal Bin Hashim*
*016.835.9448*

*πŸ“±En. Muhaz*
*012.290.1222*

*πŸ“±En. Shahmie*
*013.281.6795*

🏴 www.wasap.my/60199153969/kits+kbm

"..Jika kita ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, lihatlah anak muda mereka.."
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️

Untuk teruskan menjadi Ahli Gabungan 3 NGO

Klik link:

https://dpein.onpay.my/order/form/kitkbm/ejen_rossedi






ONPAY ORDER KBM KIThttps://dpein.onpay.my/order/form/kitkbm/ejen_rossedi

Saturday, June 20, 2020

PERINGATAN DAN MENGAJAK SAUDARA/I BERFIKIR




Perjanjian iblis untuk menyesat anak2 Adam sehingga kiamat.
Persoalan- ada ke ilmu yang manusia boleh menyekat perbuatan/perjanjian ini atau memusnahkannya sama sekali?

Kenapa ilmu2 diamalkan oleh para wali Allah seperti wali yang dekat dengan kita Tok Kenali, Mat Kilau, Tokku Paloh , Tok Solehor dsbnya tiada dizaman ini? 

Kalau ada pun jemaah2 yang mengamalkan ilmu Allah ini, di capkan sesat.

Walhal ilmu ini juga diamalkan oleh tok nenek kita. Terutama sebelum kedatangan penjajah- penjajah ditanah melayu yang tercinta ini. Selepas dijajah hampir hilang semuanya amalan ilmu Allah ini.

Allah berkalam terutamanya Albaqarah ayat 178 & 179 , yang terakhir diwahyu pada Rasulullah SAW, memberi amaran supaya manusia yang beriman tidak mengamalkan amalan Riba’. Rasullullah juga dalam kutbah terakhir (wida’) baginda juga berpesan pada ummah tidak mengamalkan Riba’. Rasulullah SAW tahu di akhir zaman ini, amalan Riba’ akan berleluasa. Sesiapa pengamal Riba’ , diistiharkan berperang dengan Allah dan Rasul. Adakah golongan ini yang akan memegang panji2 Allah?
Rasullulah pernah bersabda- 73 golongan, 72 akan ke neraka, hanya 1 akan selamat. Berusahalah dimasukkan dalam golongan yang 1 ini.

Kita bangga dengan Islam keturunan kita, Islam zaman kini hanya diamalkan pada luaran. Hanya di sarungan....

Islam dalaman yakni berkenaan dengan kerohanian/makrifatullah/tasawuf  hanya diajar dan diamalkan oleh segelintir ummah.

Majoritinya Islam pada masa kini bila melibatkan kerohanian, ilmu tasawuf, mengajak berbalik kepada tauhid, di capkan menyimpang dsbnya. Siapa yang menyimpang sebenarnya? Selama 13 tahun di Mekah, apa dakwah Rasullullah? Sudah tentu menyeru ummah bertauhid pada Allah  SWT.

Persoalan juga timbul bila ada kerasukan iblis pada manusia, para ilmuan yang kononnya dapat menyembuhkan pesakit2 yang kerasukan ini tumbuh bagaikan cendawan. Dipercayai boleh disembuhkan oleh ‘ustaz- ustaz’ yang mengaku  boleh merukyahkan pesakit2 ini, alquran diperniagakan. air atau minyak rukyah diperniagakan. 

Pesakit2 menghabiskan ribuan ringgit untuk mengubati diri mereka atau sanak saudara mereka, para ustaz2 ini mempamirkan kemahiran mereka dan bayaran yang kadang2 tidak masuk akal dikenakan pada pesakit2 ini.
Adakah kaedah ini betul boleh melawan iblis? Pesakit2 adakalanya terpaksa berulangkali menggunakan hikmat ustaz2 , bayaran secara terang terangan amat membebankan pesakit2 tersebut. Bukan semua pengamal perubatan alternatif yang mempraktikan cara ini, ridak dinafikan ada juga yang berilmu dapat menyembuhkan pesakit2 ini dengan bayaran minimal atau percuma.

Jasad kita dilengkapi dengan hati dan akal. Apakah makanan hati agar sentiasa bercahaya, disinari oleh Nur yang  oleh menyekat iblis dari mendudukinya ? Hati yang gelap dek kerana mengamalkan Riba’ dimana setengah golongan ‘ulama’ sedaya upaya  cuba menghalalkan Riba’- bunga/interest atas pinjaman- oleh perbankan Islamik. 
 Zikrullah dengan kaedah2 seperti yang diamalkan oleh para wali Allah terbukti para wali terkenal tersebut menjadi benteng utama tegak dijalan Allah, amalan2 diumpamakan sbb pakaian mereka. Padan zaman kini, hanya ditekan pada ilmu syariaat dan hakikat. Ilmu tarikat dan makrifat ditolak, tidak dibenarkan diajar atau diamalkan. Bagaimanakah solat kita bila berimamkan imam yang mengamalkan Riba’- iaitu golongan imam yang diperangi Allah dan Rasul. Adakah diterima Allah? Pasti tidak, yang menolak kalamullah- Riba’ , dibahaskan oleh ‘ulama2’, apakah pilihan yang ada? Bagaimana caranya untuk membeli kereta atau rumah jika tidak ada bantuan perbankan yang dikenakan bunga/interest?

Cuba kita renung, dizaman bilakah sistem ini diwujudkan? Yang juga dikategorikan sbg sistem kapitalis. Siapa yang mewujudkan sistem kapitalis ini? Jika dikaji secara mendalam ianya akan berbalik pada AlDajjal.

Adakah Dajjal sudah berjaya mengajak umat Islam zaman kini menjadi pengikutnya?
Yakinkan kita akan kemunculan Imam Mahdi dan nabi Isa untuk menghapuskan Riba’- salah satu tugasan besar yang diriwayatkan dalam Alhadis?

Berbalik pada iblis, adakah iblis juga mahir membaca Alquran? Dimanakah asal usul iblis- digelar sbv azazil sebelum mungkar perintah Allah untuk sujud pada Tok Adam?

Jangan lupa makhluk Allah ini juga pernah tinggal disurga. Sudah tentu iblis juga fasih dan memahami Alquran.

Kaedah perubatan cara rukyah yang secara amnya dibacakan ayat2 suci ini untuk mengeluarkan atau menghapuskan iblis yang sekian lama bersarang di hati manusia. 
Adakah iblis juga berilmu, boleh membaca Alwqi

Apakah kita faham tentang terma MUKHLIS? Siapakah umat Islam yang dikategori sbg Mukhlis?

Para wali Allah , adakah mereka digolongkan sebagai MUKHLIS?Sudah tentu wujudnya golongan Mukhlis ini pada semua zaman. Dapatkah kita mengenali mereka?

Kita sebagai umat Rasullulah SAW, adakah wajib mendalami dan mengamalkan ilmu tasawuf?

Apakah cara pembelajaran ilmu tasawuf mudah untuk kita? Sudah semesti ada murid dan guru mursyid pembelajaran ini. Adah kita bebas memilih atau sentiasa disekat oleh pemerintah?Fikir2 kan....

Berbalik pada hati, bercahayakah hati kita? Atau gelap  didiami iblis. Qorin kita sudah diguna oleb iblis sepenuhnya untuk memesong dan mungkar pada perintah Allah

Semua persoalan yang saya kemukan diatas, untuk kita renung dan buka minda untuk kita berbalik menurut perintah Allah dan Rasul.

Jauhi sisa2 Riba’, hidangkan makanan secukupnya untuk hati nurani kita, supaya sentiasa bercahaya, untuk menyekat dari ditembusi oleh iblis.

Dimanakah dan dengan guru manakah sepatutnya kita berguru? Dengan guru Mursyid atau para ustaz yang masih tergolong dalam golongan yang engkar pada perintah Allah dengan amalan pinjaman yang ada unsur2 Riba’?

Secara rumusannya, ayuh kita amalkan sepenuhnya nahi mungkar ama makruf, kembalikan cahaya pada diri kita, perbanyakkan zikrullah. Jadilah diri kita dan keluarga kita ummah yang tergolong dalam mukhlis.  Carilah guru2 yang mursyid dan belajar serta beramallah untuk kembali pada ilmu2 Allah yang sebenarnya, sebagaimana diamalkan oleh para wali Allah. Ingatlah, perjanjian iblis dengan Allah untuk memesongkan manusia sehingga kiamat. Perlengkapkan jasad dan roh kita dengan ilmu2 Allah ini, bentengilah hati kita dari ditembusi iblis dan syaitan.Sudah tentu jika semua ini tercapai, sempurnakan solat kita. Azab Allah itu BENAR. Balasan surga dan neraka itu BENAR.Jadilah mukmin yang mukhlis dengan guru2 yang tulen mursyid mereka.

Wallahu’alam

Friday, June 19, 2020

KEMPEN KUASA BELI MUSLIM - PROJEK GABUNGAN 3 NGO

JOM SOKONG GABUNGAN 3NGO UNTUK MENGGABUNGKAN UMAT I$LAM DI BAWAH SATU PLATFORM P2P (PENGGUNA & PENIAGA MU$LIM) 

====================
Anda Pengguna Mu$lim?
====================
Sila klik link di bawah unt menjadi ahli NGO persatuan Pengguna Mu$lim Nusantara (PPMN) serendah RM10 unt mendapat pelbagai manfaat..
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


====================
Anda Peniaga Mu$lim??? 
====================
Sila klik link di bawah unt menjadi ahli NGO Kelab Usahawan Mu$lim Nusantara (KUMUN) serendah RM200 unt mendapat manfaat marketing bisnes sepanjang tahun.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



====================
Anda Mempunyai Hutang?
====================
Sila klik link di bawah unt menjadi ahli NGO Dewan Perkasa Ekonomi I$lam Nusantara (DPEIN) serendah RM200 unt mendapat manafaat sistem pembatalan hutang dan lain-lain manafaat.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Saksikan video kami:








Untuk sebarang pertanyaan, boleh klik link wasap di bawah
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


"Wadah Perkasa Hijrah Ekonomi Islam Akhir Zaman"


Salam Perjuangan, 
Syed Rossedi Tuan Dalam
0199153969
rossedi100@gmail.com

SEDIKIT PERKONGSIAN....... PUCUK PAKU DALAM PERAHU PERAHU BERASAL DARI SEBERANG CARILAH AKU DALAM AKU BIAR YANG GELAP MENJADI TERANG ...