Saturday, June 20, 2020

PERINGATAN DAN MENGAJAK SAUDARA/I BERFIKIR




Perjanjian iblis untuk menyesat anak2 Adam sehingga kiamat.
Persoalan- ada ke ilmu yang manusia boleh menyekat perbuatan/perjanjian ini atau memusnahkannya sama sekali?

Kenapa ilmu2 diamalkan oleh para wali Allah seperti wali yang dekat dengan kita Tok Kenali, Mat Kilau, Tokku Paloh , Tok Solehor dsbnya tiada dizaman ini? 

Kalau ada pun jemaah2 yang mengamalkan ilmu Allah ini, di capkan sesat.

Walhal ilmu ini juga diamalkan oleh tok nenek kita. Terutama sebelum kedatangan penjajah- penjajah ditanah melayu yang tercinta ini. Selepas dijajah hampir hilang semuanya amalan ilmu Allah ini.

Allah berkalam terutamanya Albaqarah ayat 178 & 179 , yang terakhir diwahyu pada Rasulullah SAW, memberi amaran supaya manusia yang beriman tidak mengamalkan amalan Riba’. Rasullullah juga dalam kutbah terakhir (wida’) baginda juga berpesan pada ummah tidak mengamalkan Riba’. Rasulullah SAW tahu di akhir zaman ini, amalan Riba’ akan berleluasa. Sesiapa pengamal Riba’ , diistiharkan berperang dengan Allah dan Rasul. Adakah golongan ini yang akan memegang panji2 Allah?
Rasullulah pernah bersabda- 73 golongan, 72 akan ke neraka, hanya 1 akan selamat. Berusahalah dimasukkan dalam golongan yang 1 ini.

Kita bangga dengan Islam keturunan kita, Islam zaman kini hanya diamalkan pada luaran. Hanya di sarungan....

Islam dalaman yakni berkenaan dengan kerohanian/makrifatullah/tasawuf  hanya diajar dan diamalkan oleh segelintir ummah.

Majoritinya Islam pada masa kini bila melibatkan kerohanian, ilmu tasawuf, mengajak berbalik kepada tauhid, di capkan menyimpang dsbnya. Siapa yang menyimpang sebenarnya? Selama 13 tahun di Mekah, apa dakwah Rasullullah? Sudah tentu menyeru ummah bertauhid pada Allah  SWT.

Persoalan juga timbul bila ada kerasukan iblis pada manusia, para ilmuan yang kononnya dapat menyembuhkan pesakit2 yang kerasukan ini tumbuh bagaikan cendawan. Dipercayai boleh disembuhkan oleh ‘ustaz- ustaz’ yang mengaku  boleh merukyahkan pesakit2 ini, alquran diperniagakan. air atau minyak rukyah diperniagakan. 

Pesakit2 menghabiskan ribuan ringgit untuk mengubati diri mereka atau sanak saudara mereka, para ustaz2 ini mempamirkan kemahiran mereka dan bayaran yang kadang2 tidak masuk akal dikenakan pada pesakit2 ini.
Adakah kaedah ini betul boleh melawan iblis? Pesakit2 adakalanya terpaksa berulangkali menggunakan hikmat ustaz2 , bayaran secara terang terangan amat membebankan pesakit2 tersebut. Bukan semua pengamal perubatan alternatif yang mempraktikan cara ini, ridak dinafikan ada juga yang berilmu dapat menyembuhkan pesakit2 ini dengan bayaran minimal atau percuma.

Jasad kita dilengkapi dengan hati dan akal. Apakah makanan hati agar sentiasa bercahaya, disinari oleh Nur yang  oleh menyekat iblis dari mendudukinya ? Hati yang gelap dek kerana mengamalkan Riba’ dimana setengah golongan ‘ulama’ sedaya upaya  cuba menghalalkan Riba’- bunga/interest atas pinjaman- oleh perbankan Islamik. 
 Zikrullah dengan kaedah2 seperti yang diamalkan oleh para wali Allah terbukti para wali terkenal tersebut menjadi benteng utama tegak dijalan Allah, amalan2 diumpamakan sbb pakaian mereka. Padan zaman kini, hanya ditekan pada ilmu syariaat dan hakikat. Ilmu tarikat dan makrifat ditolak, tidak dibenarkan diajar atau diamalkan. Bagaimanakah solat kita bila berimamkan imam yang mengamalkan Riba’- iaitu golongan imam yang diperangi Allah dan Rasul. Adakah diterima Allah? Pasti tidak, yang menolak kalamullah- Riba’ , dibahaskan oleh ‘ulama2’, apakah pilihan yang ada? Bagaimana caranya untuk membeli kereta atau rumah jika tidak ada bantuan perbankan yang dikenakan bunga/interest?

Cuba kita renung, dizaman bilakah sistem ini diwujudkan? Yang juga dikategorikan sbg sistem kapitalis. Siapa yang mewujudkan sistem kapitalis ini? Jika dikaji secara mendalam ianya akan berbalik pada AlDajjal.

Adakah Dajjal sudah berjaya mengajak umat Islam zaman kini menjadi pengikutnya?
Yakinkan kita akan kemunculan Imam Mahdi dan nabi Isa untuk menghapuskan Riba’- salah satu tugasan besar yang diriwayatkan dalam Alhadis?

Berbalik pada iblis, adakah iblis juga mahir membaca Alquran? Dimanakah asal usul iblis- digelar sbv azazil sebelum mungkar perintah Allah untuk sujud pada Tok Adam?

Jangan lupa makhluk Allah ini juga pernah tinggal disurga. Sudah tentu iblis juga fasih dan memahami Alquran.

Kaedah perubatan cara rukyah yang secara amnya dibacakan ayat2 suci ini untuk mengeluarkan atau menghapuskan iblis yang sekian lama bersarang di hati manusia. 
Adakah iblis juga berilmu, boleh membaca Alwqi

Apakah kita faham tentang terma MUKHLIS? Siapakah umat Islam yang dikategori sbg Mukhlis?

Para wali Allah , adakah mereka digolongkan sebagai MUKHLIS?Sudah tentu wujudnya golongan Mukhlis ini pada semua zaman. Dapatkah kita mengenali mereka?

Kita sebagai umat Rasullulah SAW, adakah wajib mendalami dan mengamalkan ilmu tasawuf?

Apakah cara pembelajaran ilmu tasawuf mudah untuk kita? Sudah semesti ada murid dan guru mursyid pembelajaran ini. Adah kita bebas memilih atau sentiasa disekat oleh pemerintah?Fikir2 kan....

Berbalik pada hati, bercahayakah hati kita? Atau gelap  didiami iblis. Qorin kita sudah diguna oleb iblis sepenuhnya untuk memesong dan mungkar pada perintah Allah

Semua persoalan yang saya kemukan diatas, untuk kita renung dan buka minda untuk kita berbalik menurut perintah Allah dan Rasul.

Jauhi sisa2 Riba’, hidangkan makanan secukupnya untuk hati nurani kita, supaya sentiasa bercahaya, untuk menyekat dari ditembusi oleh iblis.

Dimanakah dan dengan guru manakah sepatutnya kita berguru? Dengan guru Mursyid atau para ustaz yang masih tergolong dalam golongan yang engkar pada perintah Allah dengan amalan pinjaman yang ada unsur2 Riba’?

Secara rumusannya, ayuh kita amalkan sepenuhnya nahi mungkar ama makruf, kembalikan cahaya pada diri kita, perbanyakkan zikrullah. Jadilah diri kita dan keluarga kita ummah yang tergolong dalam mukhlis.  Carilah guru2 yang mursyid dan belajar serta beramallah untuk kembali pada ilmu2 Allah yang sebenarnya, sebagaimana diamalkan oleh para wali Allah. Ingatlah, perjanjian iblis dengan Allah untuk memesongkan manusia sehingga kiamat. Perlengkapkan jasad dan roh kita dengan ilmu2 Allah ini, bentengilah hati kita dari ditembusi iblis dan syaitan.Sudah tentu jika semua ini tercapai, sempurnakan solat kita. Azab Allah itu BENAR. Balasan surga dan neraka itu BENAR.Jadilah mukmin yang mukhlis dengan guru2 yang tulen mursyid mereka.

Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

SEDIKIT PERKONGSIAN....... PUCUK PAKU DALAM PERAHU PERAHU BERASAL DARI SEBERANG CARILAH AKU DALAM AKU BIAR YANG GELAP MENJADI TERANG ...